awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak Komander AKPS: Sembilan suspek dibebaskan, 2 masih direman

Bernama
Bernama
09/03/2026
06:00 MYT
Kes tembak Komander AKPS: Sembilan suspek dibebaskan, 2 masih direman
Datuk Adzli Abu Shah berkata, dua lagi individu masih ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu.
Seramai sembilan individu yang ditahan berkaitan insiden tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam dibebaskan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, bagaimanapun dua lagi individu masih ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembakan ke atas Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, bulan lalu.
Menurutnya, tujuh daripada sembilan individu terbabit diberikan bon jaminan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah, manakala dua lagi diberi jaminan polis.
“Enam daripada sembilan individu didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian mendapati mereka positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Adzli, dalam kes itu polis menahan 11 individu termasuk 10 lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara Thailand berusia antara 22 hingga 60 tahun di sekitar Bukit Kayu Hitam.
“Polis masih meneruskan siasatan dan meneliti keterangan berkaitan insiden jenayah ini.
“Usaha membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan sedang giat dijalankan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada pihak polis melalui talian MERS 999 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Rosli Hanafi di talian 019-2022210, atau balai polis berdekatan.
Sebelum ini media melaporkan Mohd Nasaruddin terselamat selepas kenderaan Proton X70 dinaikinya ditembak dengan dua das tembakan dalam kejadian pada 25 Februari lalu kira-kira jam 5.40 pagi.
Suspek dikesan berpakaian serba hitam dan menaiki motosikal ketika Mohd Nasaruddin sedang memandu kereta menghala ke Masjid Al-Muhajirin untuk menunaikan solat Subuh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#Komander AKPS
#Bukit Kayu Hitam
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan