awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: Peguam gesa pendakwaan lima remaja ditangguh sementara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/08/2025
03:30 MYT
Kes Zara Qairina: Peguam gesa pendakwaan lima remaja ditangguh sementara
Mereka memohon agar Peguam Negara mempertimbangkan semula tuduhan berkenaan dan menangguhkan prosiding sehingga siasatan lanjut dapat dilengkapkan.
KUALA LUMPUR: Pasukan peguam kepada keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menggesa agar pendakwaan terhadap lima remaja yang didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan berhubung kes membuli Zara Qairina ditangguhkan sementara.
Menurut kenyataan bersama itu, mereka memohon agar Peguam Negara mempertimbangkan semula tuduhan berkenaan dan menangguhkan prosiding sehingga siasatan lanjut dapat dilengkapkan.
“Kami bimbang jika pendakwaan diteruskan di bawah seksyen tersebut dan tertuduh mengaku bersalah, ia boleh menimbulkan masalah dari segi undang-undang.
"Ini khususnya apabila siasatan lanjut atau inkues kelak menemui bukti yang menunjukkan kesalahan lebih berat di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” menurut kenyataan itu, pada Selasa.
Mereka menjelaskan, sekiranya sabitan dibuat terlalu awal, tertuduh tidak lagi boleh didakwa atas kesalahan lebih berat kerana terikat dengan prinsip 'double jeopardy' seperti termaktub dalam Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan tersebut turut menegaskan, jika keterangan sedia ada tidak mencukupi bagi mensabitkan kesalahan di bawah Seksyen 507D(2), siasatan lanjut wajar diteruskan agar pendakwaan lebih tepat dapat dijalankan.
"Bagi tujuan itu, pasukan peguam berkenaan memaklumkan mereka telah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara pada pagi Selasa melalui emel.
Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Hamid Ismail, Shalhan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Pada Isnin, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima individu dijangka didakwa berkaitan kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina, Rabu ini.
Katanya, pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#pendakwaan
#remaja
#ditangguh
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan