awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: Seorang disiasat sebar maklumat palsu, berunsur 3R - MCMC

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/08/2025
04:10 MYT
Kes Zara Qairina: Seorang disiasat sebar maklumat palsu, berunsur 3R - MCMC
Individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Sabtu bagi membantu siasatan. - Gambar/ MCMC
KUALA LUMPUR: Seorang individu disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyebaran kandungan di media sosial berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dipercayai mengandungi maklumat palsu serta unsur 3R (kaum, agama dan institusi diraja).

Ringkasan AI
  • Seorang individu disiasat oleh MCMC dan telah dipanggil memberi keterangan di IPD Cheras berhubung kandungan media sosial yang dipercayai mengandungi maklumat palsu serta unsur 3R.
  • Telefon bimbit dan kad SIM disita bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika sabit kesalahan.
  • MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan kandungan spekulatif yang boleh mengganggu siasatan dan menyinggung keluarga mangsa, serta menasihatkan agar maklumat diperoleh daripada sumber sahih.

Menurut kenyataan MCMC pada Ahad, individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Sabtu bagi membantu siasatan.
“Pihak berkuasa turut menyita sebuah telefon bimbit dan sekeping kad SIM yang dipercayai digunakan dalam penyebaran kandungan tersebut,” kata MCMC.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
MCMC menegaskan bahawa kandungan yang disebarkan itu dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan awam serta mengganggu kelancaran siasatan pihak berkuasa.
Suruhanjaya itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan kandungan spekulatif dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan.
“Penyebaran berita yang tidak disahkan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah bercanggah dengan nilai etika serta mengganggu proses keadilan,” tambah kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat hanya daripada sumber yang sahih dan bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#berita palsu
#MCMC
#3R
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan