awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: Telefon bimbit ibu, pakaian arwah diserah kepada polis - Peguam

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2025
09:45 MYT
Kes Zara Qairina: Telefon bimbit ibu, pakaian arwah diserah kepada polis - Peguam
Menurut Hamid, banyak maklumat yang tersebar di media sosial yang memerlukan penyelesaian dan dirungkai dengan bukti yang tepat daripada pihak berkuasa. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat telah menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada polis pada Khamis.
Menurut peguam yang mewakili Noraidah, Hamid Ismail telefon bimbit itu diserahkan kepada polis bagi tujuan siasatan susulan terdapat perbualan telefon antara arwah Zara, 13, itu dengan ibunya.
Selain itu, pihaknya turut menyerahkan baju dan barangan yang dipakai oleh Zara kepada polis, minggu lalu.
‘’Sebelum pengembalian kertas siasatan itu, mereka sudah minta baju dan barang-barang yang dipakai oleh arwah pada malam kejadian. Itu telah dibuat di pejabat ini.
‘’Hari ini, kami akan menyerahkan telefon bimbit ibu Zara kerana ada rakaman audio perbualan telefon di antara Zara dan ibunya.
‘’Saya telah nasihatkan keluarga ibunya untuk memberi apa saja yang diperlukan oleh polis untuk menyiapkan siasatan. Tentang telefonnya, belum lagi. Mungkin selepas ini akan diambil,’’ katanya.
Tambah Hamid, siasatan menyeluruh termasuk menyiasat audio yang diperoleh dari telefon bimbit itu penting bagi merungkai punca sebenar insiden dan kematian pelajar terbabit.
Katanya, banyak maklumat yang tersebar di media sosial yang memerlukan penyelesaian dan dirungkai dengan bukti yang tepat daripada pihak berkuasa.
Ia termasuk mendapatkan kesahihan mengenai kejadian itu yang dilaporkan berlaku pada jam 3 atau 4 pagi dan punca sebenar kejadian.
‘’Jadi, paling penting adalah bukti-bukti forensik (melibatkan) pakaian yang dipakai arwah pada malam kejadian. Dan hanya pada minggu ini, pakaian tersebut diambil oleh polis.
‘’Dan sekarang audio pula. Audio ini penting sebab ia (bukti kepada perbualan ) arwah yang dipercayai berlaku sebelum atau beberapa minggu sebelum (kejadian) itu. Melalui audio (perbualan) itu, memang dia dan ibunya mempunyai hubungan yang baik," katanya.
Menurut Hamid, selain memohon kertas siasatan dipulangkan semula, pasukan pembelaan turut memohon Pegawai Penyiasat Bukit Aman untuk menjalankan siasatan selain keperluan bedah siasat dijalankan.
Pada masa sama, Hamid turut menggesa orang awam berhenti menyebarkan berita yang kurang sahih kerana perkara tersebut boleh mengganggu emosi ibu mangsa.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#telefon bimbit milik Noraidah Lamat
#Hamid Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan