awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zayn Rayyan: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jadi tumpuan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2024
01:20 MYT
Kes Zayn Rayyan: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jadi tumpuan
Orang ramai dan pengamal media berkumpul di luar bangunan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes reman ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang dibunuh. - Gambar Sinar Harian
PETALING JAYA: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini pada Rabu menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengamal media yang berkumpul di luar bangunan sejak awal pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes reman ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang dibunuh.
Kompleks itu dikawal ketat pihak berkuasa dan hanya memberi kebenaran masuk kepada pihak yang mempunyai urusan.
Pihak media kelihatan berada di kawasan ini sejak jam 7.30 pagi.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.
Pada Jumaat lalu, suasana di luar mahkamah kecoh apabila ahli keluarga kepada ibu bapa Zayn Rayyan menjerit dan melaungkan kata-kata semangat kepada pasangan itu antaranya"Jangan jadi kambing hitam, Isma Zain be strong, ini semua fitnah”.
Datuk kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba turut sama hadir bersama ahli keluarganya berkumpul di luar mahkamah dan memegang kain rentang bertulis ‘Keadilan untuk Zaim, Isma serta keadilan buat Zayn Rayyan.’ - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kes Zayn Rayyan
#ibu bapa Zayn Rayyan
#Zayn Rayyan meninggal dunia
#Kompleks Mahkamah Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan