awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesatuan majikan akui wujud kecenderungan ambil pekerja asing

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/02/2016
07:38 MYT
Kesatuan majikan akui wujud kecenderungan ambil pekerja asing
Shamsuddin Bardan berkata pekerja asing dilihat lebih berdedikasi serta tidak menimbulkan banyak masalah. - Gambar AFP
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MIEF) mengakui wujud kecenderungan dalam kalangan majikan untuk mengambil pekerja asing bekerja di negara ini.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata pekerja asing dilihat lebih berdedikasi serta tidak menimbulkan banyak masalah.
Beliau turut berpendapat bahawa pekerja tempatan sepatutnya mengubah sikap apabila berhadapan dengan kerja yang ditawarkan.
"Tapi ada sesetengah majikan memang mempunyai kecenderungan untuk mengambil pekerja asing kerana mereka dilihat lebih dedikasi dan tidak menimbulkan banyak masalah.
"Jadi untuk pekerja tempatan menjadi pilihan utama kepada majikan di Malaysia, saya berpendapat bahawa ada baiknya kalau pekerja tempatan sendiri mengubah sikap mereka terhadap kerja yang mereka lakukan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia atas permintaan industri - Zahid
BACA: Ahmad Zahid cabar anak muda Malaysia kerja 3D jika tolak kemasukan pekerja asing
BACA: Anak muda tidak minat kerja kotor, sukar & bahaya? Netizen berbelah bahagi
Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya pengambilan pekerja asing lebih murah kerana tidak perlu mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta insurans.
"Majikan terpaksa dan perlu akur dengan peruntukan undang-undang untuk mencarum dan juga membayar insurans kepada pekerja tempatan berkenaan.
"Banyak telahan telah dibuat terhadap majikan yang mengatakan majikan tidak mahu mengambil pekerja tempatan kerana pekerja asing lebih murah...tetapi itu bukanlah fakta yang sebenarnya.
"Kalau majikan mengambil pekerja asing itu sebenarnya kos yang terlibat adalah lebih tinggi iaitu 30 peratus lebih tinggi daripada pekerja tempatan," katanya.
Memetik laporan akhbar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim mengakui pihaknya menerima 352,981 permohonan daripada majikan untuk mendapatkan pekerja asing pada 2015.
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan