awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan ESSZone aman dan terkawal - ESSCom

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
03/02/2022
15:13 MYT
Keselamatan ESSZone aman dan terkawal - ESSCom
Hamzah Ahmad berkata, dakwaan mengenai laporan itu masih dalam siasatan pihaknya, namun menjelaskan situasi di ESSZone adalah terkawal.
LAHAD DATU: Keadaan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) setakat ini aman dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Penjelasan itu dibuat Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Deputi Komisioner Hamzah Ahmad ketika mengulas dakwaan berhubung 10 lelaki bersenjata warga Filipina menyusup masuk di perairan Tambisan, di sini, baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun berkata, dakwaan mengenai laporan itu masih dalam siasatan pihaknya, namun menjelaskan situasi di ESSZone adalah terkawal.
"Ketika ini keadaan aman dan terkawal," katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.
Berdasarkan laporan sebuah agensi berita sebelum ini, seorang lelaki mendakwa melihat lebih 10 individu mencurigakan berpakaian celoreng serta bersenjata masuk ke Sabah melalui perairan Long Patau, Tambisan, minggu lalu.
Lelaki terbabit turut mendakwa semua individu itu adalah warga Filipina berdasarkan perbualan mereka yang menggunakan bahasa Suluk.
Topic Berkaitan
#ESSZONE
#Tambisan
#warga filipina
#Hamzah Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan