awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan rakyat lebih penting daripada bazar Ramadan - Hajiji

Radhi Muslim
Radhi Muslim
08/04/2021
12:22 MYT
Keselamatan rakyat lebih penting daripada bazar Ramadan - Hajiji
Kerajaan Negeri Sabah membuat keputusan melarang aktiviti bazar Ramadan tahun iini selepas mengambil kira risiko terhadap keselamatan rakyat. - Foto BERNAMA
SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mempertahankan keputusan kerajaan negeri melarang operasi bazar Ramadan di negeri itu tahun ini.
Jelas Hajiji, keputusan itu perlu dilakukan demi keselamatan rakyat susulan situasi jangkitan COVID-19 yang tidak menentu di Sabah.
"Apa yang penting bagi kita ialah menyelamatkan rakyat daripada penularan pandemik COVID-19," katanya dalam sidang media selepas melawat Pasar Besar Sandakan, pada Khamis.
Hajiji pada masa sama mengingatkan rakyat Sabah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengekang penularan virus itu.
“Kita mestilah tahu bahawa ini antara cara kita untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid19.
"Saya minta kepada rakyat kita mengamalkan SOP yang betul," katanya.
Pada Rabu, Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan bazar Ramadan di Sabah tidak dibenarkan beroperasi.
Keputusan itu mengambil kira situasi semasa penularan COVID-19 di Sabah yang masih membimbangkan berikutan banyak kluster baharu berpunca daripada majlis sosial kebelakangan ini.
BACA: Tiada bazar Ramadan di Sabah tahun ini - Masidi
Topic Berkaitan
#Sabah
#Ketua Menteri
#Hajiji Noor
#Bazar Ramadan
#larang
#Sandakan
#COVID-19
#virus
#pandemik
#Masidi Manjun
#SOP
#menteri
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan