awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan kaum, kunci kemakmuran negara - Agong

Bernama
Bernama
30/08/2022
08:24 MYT
Kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan kaum, kunci kemakmuran negara - Agong
KUALA LUMPUR: Kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum merupakan kunci untuk keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Al-Sultan Abdullah bertitah tiga perkara itu juga merupakan kunci kepada kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang, bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama.”
“Sehubungan itu, Seri Paduka bertitah adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk bukan sahaja memelihara dan mempertahankan keharmonian yang telah dikecapi selama ini, malah berusaha menyemarakkannya sesama kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia.
“Seri Paduka berpandangan bahawa sekiranya rakyat bersatu dan tahu peranan masing-masing serta berpegang teguh kepada kunci itu, maka kita akan mampu membendung segelintir golongan yang bersikap atau bersifat ekstremis yang menabur fahaman perpecahan serta menyemarak api perkauman bagi mencetuskan suasana tidak aman dalam negara demi kepentingan peribadi,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah turut mengingati rakyat agar sentiasa berwaspada terhadap musuh dalam selimut yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat dan menggugat kestabilan negara kerana segala fitnah dan hasutan mereka bercanggah dengan prinsip Rukun Negara yang merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kukuh.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka mengajak rakyat mengimbau kembali sejarah lebih enam dekad lepas apabila semangat patriotisme dan cintakan tanah air berjaya menyatupadukan rakyat dengan tekad dan iltizam untuk bangkit menentang penjajah sehingga kemerdekaan yang diidamkan menjadi realiti.
Al-Sultan Abdullah turut mengajak rakyat untuk mengingati dan menghargai pejuang dan patriot kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan yang berkorban sehingga berjaya menyelamatkan negara daripada belenggu penjajah dan seteru negara.
“Justeru, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa sekiranya semangat dan roh perjuangan lebih enam dekad yang lalu diterap dan disuburkan kembali dalam meraikan hari yang penuh bersejarah ini, nescaya rakyat akan dapat menghayati dan menghargai nilai semangat patriotisme kepada negara dan perpaduan sesama pelbagai bangsa,” katanya.
Mengucapkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia, Al-Sultan Abdullah menzahirkan kesyukuran kerana perpaduan dan keharmonian rakyat terus menjadi asas kukuh dalam mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga mendoakan agar Malaysia terus berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT serta terus dilimpahi dengan keberkatan rezeki, kemakmuran, kesejahteraan serta keamanan dan perpaduan yang berkekalan.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Hari Kebangsaan 2022
#titah Hari Kebangsaan 2022
#kesepaduan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan