awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis Selat Hormuz jejas 20 peratus bekalan, pacu kenaikan harga minyak global – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesilapan penyerahan mayat di Hospital Kajang

Media Statement
Media Statement
05/06/2017
07:52 MYT
Kesilapan penyerahan mayat di Hospital Kajang
Pihak KKM berasa sangat kesal dan memandang serius terhadap kejadian kesilapan penyerahan mayat itu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kejadian kesilapan penyerahan mayat kepada salah sebuah rumah kebajikan untuk urusan pengebumian sepertimana dalam laporan akhbar Harian Metro Online pada 4 Jun 2017.
Jenazah Cina beragama Islam tersebut adalah berusia 74 tahun dan merupakan satu-satunya penganut Islam dalam keluarga mendiang. Beliau sebelum ini menetap di sebuah Rumah Kebajikan di Kajang. Makluman dan siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Hospital Kajang telah mengesahkan bahawa telah berlaku kesilapan penyerahan mayat dan siasatan mendalam kini sedang dijalankan oleh pihak Hospital dan JKNS.
Pihak KKM berasa sangat kesal dan memandang serius insiden ini. KKM berpendirian bahawa ianya tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital kerana sememangnya pihak hospital dan Unit Forensik sudahpun mempunyai garis panduan serta Standard Operating Procedure (SOP) of Forensic Medicine; di mana ianya telah menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris. Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan terlibat yang telah tidak mematuhi garis panduan serta SOP ini.
Pengurusan abu mayat telah diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Rumah Kebajikan yang terbabit. Pihak KKM juga telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan hal yang sama daripada berulang.
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Topic Berkaitan
#Cina
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Islam
#jenazah
#JKNS
#Kajang
#keluarga
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#MAIS
#Malaysia
#mayat
#Putrajaya
#rumah kebajikan
#siasatan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan