awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pemimpin Hezbollah gesa Lubnan batalkan mesyuarat dengan Israel
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kestabilan politik akan terus kekal, PM terajui negara hingga akhir penggal - Saifuddin

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/02/2026
04:53 MYT
Kestabilan politik akan terus kekal, PM terajui negara hingga akhir penggal - Saifuddin
Saifuddin (tengah) menyapa tetamu pada majlis berbuka puasa di Sungai Petani, pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Prestasi politik yang ditonjolkan Kerajaan Persekutuan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan terus dikekalkan untuk tempoh dua tahun akan datang.
Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia terbukti apabila sepanjang tempoh tiga tahun ini, Kerajaan Persekutuan berjaya mengekalkan kestabilan politik.
"Tiga tahun Kerajaan Persekutuan berjaya mengekalkan kestabilan politik... dulu lima tahun tiga Perdana Menteri sekarang tiga tahun Perdana Menteri yang sama dan terus kekal dengan sokongan dua pertiga majorit.
"... dan saya yakin dua tahun berbaki ini tidak ada lagi gugatan kami tak akan kuat kerana rumah tangga lawan kami porak-peranda krisis Perlis, kegagalan wujudkan kepimpinan dalam Perikatan Nasional itu urusan rumah tangga mereka tapi kami akan hanya kuat kalau kami bila bina kekuatan kami sendiri," kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian sewaktu sesi dialog MPN PKR Kedah bersama media, di sini, pada Sabtu.
Tegasnya, keupayaan kerajaan sedia ada tidak dapat disangkal dalam mewujudkan kestabilan politik bahkan ia turut disokong oleh petunjuk ekonomi yang memberangsangkan.
Katanya, dari sudut politik prestasi beliau yakin kerajaan sedia ada mampu mengekalkan momentum bagi tempoh dua tahun ini.
"Cabaran yang terbesar buat kami adalah macam mana kami nak garap semua kelebihan-kelebihan ini dalam bentuk satu naratif komunikasi yang mudah supaya rakyat merasakan bahawa kalau tidak memilih kerajaan yang ada pada hari ini adalah merupakan satu kerugian.
"... bagaimana kami nak kaitkan semua angka-angka yang baik itu sebagai satu yang meyakinkan rakyat sehingga mereka merasakan bahawa menolak Kerajaan Perpaduan yang ada ini merupakan satu kehilangan jadi yang kita nak rasakan bahawa nak sampaikan dengan penuh berkesan yang itu cabaran," tegas beliau lagi.
Saifuddin yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah turut mengajak rakyat negeri ini menilai prestasi di peringkat Persekutuan yang turut dinikmati rakyat negeri ini.
"Kami sebagai pembangkang di Kedah tidak boleh tunjuk yang itu tetapi kami tunjuk komitmen peranan 'check and balance' ataupun mengambil pendekatan dengan pengkritik yang konstruktif... kemudian kami akan merangkumkan semua keupayaan kami untuk ketengahkan alternatif di peringkat negeri, kami berpeluang menunjukan bagaimana prestasi di peringkat kerajaan Persekutuan dan kesan dan faedahnya kepada rakyat negeri Kedah," jelas Saifuddin.
Topic Berkaitan
#kestabilan politik
#PM Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan