awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KESUMA teliti cadangan elaun bantuan cuti bersalin - Ramanan

Bernama
Bernama
02/04/2026
12:23 MYT
KESUMA teliti cadangan elaun bantuan cuti bersalin - Ramanan
Menterinya Datuk Seri R. Ramanan berkata elaun yang dicadangkan di bawah sistem insurans PERKESO itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 ibu di seluruh negara. - Gambar fail
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan elaun bantuan cuti bersalin menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Menterinya Datuk Seri R. Ramanan berkata elaun yang dicadangkan di bawah sistem insurans PERKESO itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 ibu di seluruh negara.
“Wanita bukan sekadar penyumbang, malah pemacu utama ekonomi negara,” katanya pada “Program Bicara dan Perkongsian, Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja KESUMA Bangsa” di sini hari ini.
Program dihadiri kira-kira 500 orang itu merupakan platform strategik kerajaan untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan, majikan dan pekerja.
Beliau berkata KESUMA juga sedang membangunkan lebih banyak langkah bagi meningkatkan kesejahteraan pekerja yang akan dilaksanakan secara berperingkat.
Sementara itu, dalam kenyataan, Ramanan memaklumkan beliau telah menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini bagi mempersembahkan perkembangan terkini pembangunan Pusat Rehabilitasi PERKESO di Terengganu.

Beliau berkata baginda dimaklumkan mengenai kemajuan pelaksanaan projek berkenaan yang dijangka menjadi antara pemangkin utama dalam memperkukuh sistem keselamatan sosial negara, khususnya dalam aspek pemulihan dan kebolehkerjaan semula pencarum PERKESO yang mengalami kecederaan atau hilang upaya.

“Pusat rehabilitasi itu dijangka memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan yang komprehensif dan bersepadu, selari dengan komitmen kerajaan untuk memperluas akses kepada kemudahan kesihatan dan perlindungan sosial berkualiti di Terengganu,” menurut kenyataan itu.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk memastikan projek itu dilaksanakan mengikut perancangan serta memberi manfaat optimum kepada rakyat, khususnya golongan pekerja yang memerlukan sokongan pemulihan dan reintegrasi ke dalam dunia pekerjaan.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#KESUMA
#Ramanan
#elaun
#cuti bersalin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan