awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Bekas pemain bola sepak Kelantan, rakan mengaku tidak bersalah culik lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketepikan pemikiran kepartian ketika berhujah di Dewan - Penganalisis

Israr Khalid
Israr Khalid
23/11/2022
01:00 MYT
Ketepikan pemikiran kepartian ketika berhujah di Dewan - Penganalisis
HERIZAL: Ahli Parlimen yang tidak meletakkan negara sebagai keutamaan akan sentiasa memikirkan tentang kelangsungan hayat politiknya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen perlu meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan mengatasi politik kepartian apabila membincangkan dasar di dalam Dewan Rakyat.
Dengan mengambil sikap itu, menurut penganalisis ekonomi politik dan hubungan antarabangsa Herizal Hazri, para wakil rakyat boleh fokus kepada merangka dan meluluskan dasar, tanpa dibayangi niat meraih keuntungan untuk parti dan peribadi.
“Apabila Ahli Parlimen masuk ke dalam Dewan dan ada Rang Undang-Undang (RUU) untuk mereka debatkan, adakah mereka membawa politik kepartian untuk mendebatkan RUU itu?
"Atau mereka menggunakan kapasiti mereka untuk berfikir tentang kandungannya dan sebagainya?
“Jika kekangan politik kepartian itu dapat dikurangkan, saya rasa sistem itu lebih bercambah dan orang boleh berdebat dengan lebih baik,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Ujarnya, Ahli Parlimen yang tidak meletakkan negara sebagai keutamaan akan sentiasa memikirkan tentang kelangsungan hayat politiknya, lantas segala hujahnya di dalam Dewan akan menjurus kepada tujuan itu.
Hal itulah, kata Herizal, yang menjadi masalah di negara kita sehingga pelbagai permasalahan rakyat dan negara sukar diselesaikan secara tuntas.
Agenda AWANI: Kalau tiada sepakat, Malaysia akan rugi
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#ahli Parlimen
#politik kepartian
#Herizal Hazri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan