awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: WHO beri amaran risiko kesihatan jangka panjang susulan serangan loji nuklear Bushehr
Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri dan KL hingga 8 malam ini
Polis tahan seorang lelaki dipercayai terlibat kes tetak di Bera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketirisan barang kawalan, KPDN kenal pasti enam modus operandi - Armizan

Bernama
Bernama
04/04/2026
05:28 MYT
Ketirisan barang kawalan, KPDN kenal pasti enam modus operandi - Armizan
Armizan ketika meninjau stesen minyak dan pangkalan haram di sempadan Rantau Panjang di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenal pasti enam modus operandi utama yang menyebabkan berlaku ketirisan barang kawalan termasuk petrol dan diesel di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata enam modus operandi itu telah dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan bagi Membanteras Ketirisan dan Penyeludupan (JTPAP) pada 11 Mac lepas, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
“Antaranya ialah penyelewengan oleh pemegang lesen bagi barang kawalan berjadual (CSA) dan penyelewengan dibuat pihak ketiga yang dapat bekalan tetapi tidak salurkan kepada pihak yang sepatutnya.
"Aktiviti 'bunkering' juga kita pantau sebab wujud salah laku dan pemprosesan semula bahan petroleum di perairan negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau stesen minyak dan pangkalan haram di sempadan Rantau Panjang di sini hari ini.
Armizan berkata pemalsuan dokumen dari segi jumlah pembelian dan penyorokan bekalan sebelum dijual ke pasaran gelap termasuk sektor industri dengan harga yang lebih tinggi juga antara modus operandi dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
"Langkah tegas memperketat kawalan dan pemantauan pengedaran amat penting bagi membanteras ketirisan bekalan sama ada dalam bentuk penyeludupan, penyelewengan dan penyorokan.
"Selain penguatkuasaan di lapangan, langkah memperkukuh kawalan juga melibatkan pemantauan harian melalui papan pemuka pangkalan data rantaian pengedaran yang meliputi keseluruhan rantaian pengedaran merentasi kilang penapisan hingga ke peringkat peruncitan termasuk fasiliti penyimpanan, stesen minyak dan pengguna industri," katanya.
Beliau berkata Fadillah juga akan mempengerusikan Mesyuarat JTPAP kali kedua Isnin ini dan akan memberikan penerangan status pelaksanaan penguatkuasaan.
"KPDN mengalu-alukan kebersamaan dan penyertaan awam termasuk dalam menyalurkan maklumat berkaitan.
“Masyarakat diingatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat serta tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mencetuskan situasi panik dan kegusaran awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
# Armizan Mohd Ali
#penyeludupan barang kawalan
#modus operandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan