awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Hakim Negara baharu akan pacu badan kehakiman ke arah kecemerlangan - SPRM

Bernama
Bernama
02/04/2017
23:00 MYT
Ketua Hakim Negara baharu akan pacu badan kehakiman ke arah kecemerlangan - SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM percaya Md Raus (gambar) akan mampu memastikan badan kehakiman negara bebas daripada sebarang gejala rasuah. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya Ketua Hakim Negara yang baharu Tan Sri Md Raus Sharif akan memacu badan kehakiman ke arah kecemerlangan.
Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata SPRM juga percaya Md Raus akan mampu memastikan badan kehakiman negara bebas daripada sebarang gejala rasuah.
"SPRM juga percaya Yang Amat Arif akan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata SPRM turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Ahmad Maarop, yang masing-masing dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya.
Dzulkifli berkata SPRM berharap pelantikan baharu itu dapat memperkasakan lagi kerjasama SPRM dengan badan kehakiman negara yang telah sedia terjalin dalam usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.
Md Raus yang merupakan Presiden Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 1 April, menggantikan Tun Arifin Zakaria yang mencapai tempoh perkhidmatan 66 tahun enam bulan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ketua Hakim Negara
#mahkamah
#Md Raus Sharif
#SPRM
#Tun Arifn Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan