awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua jabatan bergelar 'datuk' ditahan terima rasuah, salah guna kuasa

Bernama
Bernama
18/10/2022
06:49 MYT
Ketua jabatan bergelar 'datuk' ditahan terima rasuah, salah guna kuasa
Lelaki berumur 40 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8 malam semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bergelar 'Datuk' kerana disyaki terlibat menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.
Lelaki berumur 40 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8 malam semalam, dan kini direman selama empat hari hingga 21 Okt ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurut sumber SPRM, perolehan empat kenderaan itu bernilai lebih RM290,000 untuk kegunaan sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan lelaki berkenaan ketika dihubungi hari ini berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#ketua jabatan ditahan
#bergelar datuk
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan