awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua jabatan diingatkan jaga integriti - Cuepacs

Bernama
Bernama
23/06/2022
12:27 MYT
Ketua jabatan diingatkan jaga integriti - Cuepacs
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya menerima aduan terdapat penjawat awam di Perlis diugut untuk ditukarkan atau diberi petunjuk prestasi utama (KPI) rendah selepas memberi teguran kepada ketua jabatan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengingatkan ketua-ketua jabatan dalam perkhidmatan awam agar sentiasa menjaga integriti mereka sewaktu menjalankan tugas.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata pihaknya menerima aduan terdapat penjawat awam di Perlis diugut untuk ditukarkan atau diberi petunjuk prestasi utama (KPI) rendah selepas memberi teguran kepada ketua jabatan mereka.
"Justeru kami memohon ketua-ketua jabatan ini agar dapat membetulkan kembali sistem perkhidmatan mereka memandangkan penjawat awam merupakan tunjang kepada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perlis Bersama Presiden Cuepacs yang berlangsung di Hotel Regency di sini hari ini.
Adnan berkata Cuepacs tidak teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya terhadap ketua jabatan tersebut sekiranya masalah ini berterusan.
"Kalau berlaku lagi keadaan seperti ini, Cuepacs tidak teragak-agak untuk ambil tindakan dan membuat laporan dengan lebih terperinci," katanya.
CUEPACS-INTEGRITI 2 (AKHIR) KANGAR
Mengulas mengenai dasar empat hari bekerja dalam seminggu, Adnan berkata pihaknya mengambil maklum mengenai perkara itu dan sedang menjalankan kajian selanjutnya.
Beliau berkata Cuepacs juga sedang meneliti sektor-sektor yang bersesuaian bagi pelaksanaan dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu itu.
"Kami maklum mengenai perkara ini dan akan kaji secara serius dahulu sebelum memberi sebarang cadangan berhubung pelaksanaan empat hari bekerja dalam seminggu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#Ketua Jabatan
#integriti
#Adnan Mat
#penjawat awam
#perkhidmatan awam
#KPI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan