awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran tidak mahu perang, sedia berdialog – Masoud Pezeshkian
NRES di fasa akhir muktamad pindaan Akta 127, dijangka dibentang pada 2027
Konflik Asia Barat: 441 kandungan palsu dikenal pasti setakat 15 April - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Menteri Pulau Pinang disahkan positif COVID-19

Bernama
Bernama
01/11/2022
07:10 MYT
Ketua Menteri Pulau Pinang disahkan positif COVID-19
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini disahkan positif COVID-19 dan akan berehat untuk tempoh beberapa hari. - Gambar Facebook CHOW KON YEOW
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini disahkan positif COVID-19 dan akan berehat untuk tempoh beberapa hari, kata Penasihat Khas Pelaburan Ketua Menteri, Datuk Seri Lee Kah Choon.
Lee berkata, Chow perlu berehat beberapa hari sebelum boleh menjalankan tugas seperti biasa.
"Buat masa ini beliau akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti biasa, ia hanya COVID-19 normal, jadi tiada apa yang perlu terlalu dirisaukan," katanya kepada Bernama selepas majlis pembukaan rasmi hab pengedaran rantaian bekalan baharu NI Malaysia Sdn Bhd, di sini.
Katanya, beliau hanya berhubung dengan Chow menerusi panggilan telefon dan mesej.
Terdahulu, Chow dalam Facebook rasminya memaklumkan beliau telah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19 pagi ini dan didapati positif.
Ahad lepas, Chow yang juga pengerusi DAP Pulau Pinang, telah diumumkan sebagai calon parti itu untuk Parlimen Batu Kawan bagi menggantikan penyandang, Kasthuriraani Patto, yang dilaporkan tidak akan bertanding pada PRU15.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon (5 Nov) manakala pengundian awal pada 15 Nov ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Chow Kon Yeow
#Chow Kon Yeow positif COVID-19
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan