awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua pemuda bahagian dicekup polis dalam keadaan khayal

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
17/05/2020
13:05 MYT
Ketua pemuda bahagian dicekup polis dalam keadaan khayal
Suspek berusia 30-an itu dikatakan dicekup berhampiran kawasan sebuah kem tentera di daerah berkenaan kira-kira jam 8 malam Sabtu. - Foto Ihsan
Ketua pemuda bahagian sebuah parti tempatan ditahan polis selepas disyaki lalok dadah dalam kejadian di daerah Kota Belud, malam tadi.
Suspek berusia 30-an itu dikatakan dicekup berhampiran kawasan sebuah kem tentera di daerah berkenaan kira-kira jam 8 malam Sabtu.
Turut difahamkan suspek yang memandu sebuah kenderaan pergi ke lokasi itu sebelum ditahan untuk tujuan pemeriksaan oleh pihak tentera bertugas.
Pihak tentera yang berada di lokasi kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada polis sebelum suspek ditahan dan dibawa ke balai berdekatan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Jelasnya, suspek kini ditahan untuk siasatan berkaitan penyalahgunaan dadah.
Tambah beliau, tiada sebarang kekecohan berlaku dalam kejadian terbabit.
Terdahulu, beberapa keping gambar suspek tular di media sosial yang mendakwa suspek kes positif syabu sejak tengah hari tadi.
Selain itu, suspek yang didakwa khayal melakukan berkawad di lokasi berkenaan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Ketua pemuda bahagian
#khayal
#Kota Belud
#lalok
#pemuda
#polis
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan