awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pemuda MCA, tolong tarik balik dakwaan terhadap Ismail Sabri - Jamawi

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2015
00:54 MYT
Ketua Pemuda MCA, tolong tarik balik dakwaan terhadap Ismail Sabri - Jamawi
JAMAWI: Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk saling menunding jari menyalahkan antara satu sama lain.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar meminta Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menarik balik kenyataan beliau yang menuduh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai rasis.
Tegasnya,‎ sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk saling menunding jari menyalahkan antara satu sama lain.
"Pada pendapat saya, Sin Woon dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) harus melihat kepentingan rakyat secara keseluruhannya sebagai keutamaan dan mengenepikan kepentingan peribadi yang lebih ingin dilihat sebagai juara kepada parti dan kaum sendiri dalam membuat sesuatu kenyataan.
"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismail itu bukanlah sesuatu yang bersifat rasis kerana jika harga barang benar-benar diturunkan maka yang mendapat manfaatnya ialah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan bangsa," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Rabu.
Ismail baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana meminta peniaga Cina yang degil menurunkan harga barang susulan penurunan harga minyak Ahad lepas.
Dalam pada itu, Ismail berkata sepatutnya semua pihak dalam BN sama-sama berkongsi idea cara untuk merealisasikan penurunan harga barangan dan bukannya bercakaran hingga menampakkan kelemahan dalaman.
Jamawi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Tenom turut mencadangkan Sin Woon agar turun padang sendiri menemui pembekal dan pemborong agar beliau boleh mengenal pasti sendiri apakah yang menyebabkan harga barang tidak diturunkan.
"Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing jika ingin melihat rasionalisasi harga barangan, makanan dan perkhidmatan menjadi kenyataan.
"Ini kerana selain kedegilan pembekal dan pemborong yang mendominasi, harga makanan dan minuman di restoran dan kedai makanan juga perlu dipantau kerana masih mahal dan ia memberi kesan yang langsung kepada rakyat sebagai pengguna," jelasnya.
Sementara itu tegasnya, semua badan badan NGO pengguna juga harus terus memberikan kesedaran kepada pengguna agar kuasa memilih dan membeli dapat disatukan kepada mana-mana kedai yang menawarkan harga patut.
"Pihak KPDNKK juga harus bertindak tegas dan segera untuk mengambil tindakan mana-mana pihak yang melanggar dan tidak mematuhi peraturan harga barangan dengan menarik balik lesen borong dan pembekalan.
"Senarai harga patut barang barang keperluan harian juga harus dikeluarkan oleh kementerian berdasarkan kepada kos pengeluaran dan pengangkutan semasa," ujarnya.
Justeru, Jemawi turut mencadangkan Pemuda UMNO, Pemuda MCA, Pemuda MIC serta Pemuda Komponen BN di Sabah dan Sarawak dapat duduk semeja berkongsi idea, mencari kaedah yang bersesuaian bagi menggesa pemborong, pembekal dan peniaga untuk menurunkan harga dengan kadar segera untuk kepentingan semua.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Chong Sin Woon
#Ismail Sabri
#Jamawi Jaafar
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan