awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Penasihat Bangladesh diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Seth Akmal
Seth Akmal
12/08/2025
01:50 MYT
Ketua Penasihat Bangladesh diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Yunus memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) diketuai Mejar Arifuddin Mohd Yusof. - Gambar Reuters
PUTRAJAYA: Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini, hari ini.
Ketibaan beliau pada 9 pagi disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara iaitu “Negaraku” dan “Amar Sonar Bangla” dimainkan.
Yunus kemudiannya memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat), diketuai Mejar Arifuddin Mohd Yusof.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri I dan II, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan mesyuarat dua hala bagi meneliti kemajuan hubungan Malaysia-Bangladesh, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja, pendidikan, pelancongan dan pertahanan, selain membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Sebelum mesyuarat bermula, Anwar dan Yunus sempat menikmati pemandangan Putrajaya dari ruag legar kompleks, sebelum menandatangani buku tetamu sebagai simbolik lawatan rasmi tersebut.
Yunus juga dijadual menyampaikan syarahan umum pada Rabu dan akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Perniagaan Sosial oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dan Bangladesh mencecah RM13.35 bilion (US$2.92 bilion), meningkat sebanyak 5.1 peratus berbanding 2023.
Bangladesh merupakan rakan dagang kedua terbesar dan destinasi eksport kedua terbesar Malaysia di Asia Selatan.
Eksport utama Malaysia ke Bangladesh termasuk produk petroleum, minyak sawit dan bahan kimia manakala import terdiri daripada tekstil, kasut, produk petroleum dan barangan keluaran kilang.
Untuk rekod, ini merupakan lawatan pertama Yunus ke Malaysia selepas menjawat sebagai Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh susulan peletakan jawatan Perdana Menterinya, Sheikh Hasina pada 5 Ogos 2024.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Anwar Ibrahim
#Muhammad Yunus
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan