awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pengarah JAKIM meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru

Fareez Azman
Fareez Azman
08/10/2020
07:23 MYT
Ketua Pengarah JAKIM meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru
Sebelum ini, Paimuzi dikatakan bebas daripada pandemik koronavirus (COVID-19). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 1 petang Khamis.
Menurut kenyataan media Unit Komunikasi Korporat JAKIM, Allahyarham mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Kuang, Selangor sebelum dikebumikan pada petang ini.
“Semoga roh al-marhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-fatihah,” jelas kenyataan media itu.
Sebelum ini, Paimuzi dikatakan bebas daripada pandemik koronavirus (COVID-19).
Ia selepas Allahyarham menjalani pemeriksaan COVID-19 pada 6 Oktober lalu dan keputusannya negatif.
Bagaimanapun, susulan tahap kesihatan kurang memuaskan Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan.
Malah pihak hospital tidak membenarkan mana mana tetamu melawat Allahyarham ketika itu.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#KP JAKIM meninggal dunia
#COVID-19
#Paimuzi Yahya meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan