awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
11/02/2026
10:42 MYT
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang ketika hadir memberi keterangan di lbu Pejabat SPRM, Putrajaya. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang ketua pengarah dan seorang pengarah sebuah jabatan agensi kerajaan kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan siasatan masih giat dijalankan.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024.
"Kedua-dua suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan masing-masing dengan menggunakan peruntukan kewangan di tempat mereka bekerja berjumlah kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi," katanya.
Mereka juga didapati telah mengemukakan tuntutan palsu dan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000 untuk menunaikan umrah semasa menghadiri urusan rasmi di Jeddah pada 29 Januari hingga 4 Februari tahun lalu.
Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang ketika hadir memberi keterangan di lbu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Kata Azam lagi, SPRM tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan sekiranya terdapat bukti dan keterangan tambahan.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta turut melibatkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan berkaitan pecah amanah dan salah guna harta.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Ketua Pengarah
#pengarah agensi
#seleweng dana
#tuntuta palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan