awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketum: Dua penjawat awam antara sembilan lelaki ditahan

Bernama
Bernama
22/08/2020
20:59 MYT
Ketum: Dua penjawat awam antara sembilan lelaki ditahan
Mohd Afzanizam berkata polis turut merampas lima kilogram daun ketum yang disimpan di dalam sebuah kereta berhampiran pondok berkenaan dan 16.40 liter air ketum di sebuah stor di blok berkenaan. - fotoBERNAMA/Fail
Dua penjawat awam antara sembilan lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses air ketum, dalam serbuan di sebuah pondok berdekatan sebuah blok rumah pangsa di Taman Rinting, di sini, pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Mohd Afzanizam Yahaya berkata kesemua lelaki berumur antara 22 dan 57 tahun itu ditahan pada 4.45 petang, hasil maklumat awam dan risikan polis.
Beliau berkata polis turut merampas lima kilogram daun ketum yang disimpan di dalam sebuah kereta berhampiran pondok berkenaan dan 16.40 liter air ketum di sebuah stor di blok berkenaan.
Hasil siasatan mendapati kegiatan terbabit sudah beroperasi kira-kira setahun lepas, katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua lelaki berkenaan negatif dadah dan direman tiga hari bermula Sabtu untuk siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air ketum
#Dadah
#datun ketum
#Johor
#kereta
#ketum
#Mohd Afzanizam Yahaya
#polis
#pondok
#rampas
#reman
#rumah pangsa
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan