awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kewujudan 'kacang hantu' dalam JIM dan JPN perlu dibanteras - TPM Zahid

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2023
07:10 MYT
Kewujudan 'kacang hantu' dalam JIM dan JPN perlu dibanteras - TPM Zahid
Ahmad Zahid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Siasatan yang sedang dilakukan pihak berkuasa terhadap Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah perlu bagi mengenal pasti kakitangan dalam dua agensi itu yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah tidak adil untuk membuat tuduhan secara rambang atau mengaitkan seluruh jabatan melakukan amalan rasuah.
Ahmad Zahid menjelaskan kewujudan 'kacang hantu' itu yang perlu dibanteras kerana ia merosakkan keseluruhan agensi atau jabatan berkenaan.
"Kita tidak wajar melakukan tuduhan secara rambang. Dalam perkara ini, yang penting adalah keberkesanan terhadap langkah dilakukan kepada dua jabatan itu, kerana memang mungkin ada 'kacang-kacang hantu'.
"'Kacang hantu' ini memang wujud dan sentiasa wujud malah disebabkan 'kacang hantu' ini, atau kerana nila setitik, ia merosakkan susu sebelanga.," katanya selepas mempengerusikan Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada Selasa.
Ahmad Zahid sebagai pemimpin yang pernah mentadbir Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini mengakui dua jabatan itu antara yang banyak menerima tuduhan secara rambang.
Sehubungan itu jelas beliau, siasatan itu mampu merungkaikan fakta sebenar sama ada tuduhan berkenaan adalah benar atau tidak.
Ahmad Zahid mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa JIM dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa susulan insiden kekecohan di KLIA Khamis lalu.
Topic Berkaitan
#kekecohan di KLIA
#kacang hantu
#Zahid Hamidi
#Rasuah
#Imigresen
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan