awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairul Aming cipta rekod RM2.3 juta jualan sehari di TikTok Shop

Reuters
Reuters
21/02/2026
11:11 MYT
Khairul Aming cipta rekod RM2.3 juta jualan sehari di TikTok Shop
Pencapaian terbaharu ini mengatasi rekod-rekod beliau sebelum ini, termasuk kejayaan menjual produk 'Dendeng Nyet Berapi' bernilai RM1.2 juta dalam masa hanya beberapa minit pada awal tahun lalu. -Foto X
Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming sekali lagi melakar sejarah apabila mencatatkan rekod jualan strim langsung (livestream) tertinggi di TikTok Shop Malaysia dengan nilai jualan mencecah RM2.3 juta dalam tempoh sehari.
Kejayaan luar biasa itu dikongsikan oleh Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, melalui platform media sosialnya hari ini.
"Alhamdulillah, kita pecah rekod baharu hari ini. Jualan tertinggi dalam sejarah livestream TikTok Shop Malaysia dengan RM2.3 juta hari ini. Terima kasih semua," tulisnya.
Alhamdulillah kita pecah record baru hari ni. Sales tertinggi dalam sejarah livestream TikTokShop Malaysia dengan jualan 2.3 juta ringgit hari ni. Terima kasih semua 🥺😭 pic.twitter.com/e77nslJXf7
— Khairulaming (@khairulaming) February 19, 2026
Sesi penyiaran langsung yang mencatatkan rekod tersebut dijalankan di restoran beliau, Rembayung, yang kini berfungsi sebagai lokasi livestream terbesar di Malaysia dengan sokongan 10 hos bersama.
Pencapaian terbaharu ini mengatasi rekod-rekod beliau sebelum ini, termasuk kejayaan menjual produk 'Dendeng Nyet Berapi' bernilai RM1.2 juta dalam masa hanya beberapa minit pada awal tahun lalu.
Selain kejayaan komersial, siri popular beliau '30 Hari 30 Resipi' yang sinonim dengan kedatangan bulan Ramadan turut kembali mendapat sambutan hangat daripada pengikut setianya di seluruh negara.
Rekod ini sekali lagi mengukuhkan kedudukan Khairul Aming sebagai antara pencipta kandungan paling berpengaruh di Malaysia, menggabungkan kreativiti, komuniti dan strategi perniagaan digital yang berkesan.
Topic Berkaitan
#Khairul Aming
#TikTok Shop
#livestream Malaysia
#Rembayung
#jualan e-dagang
#pempengaruh Malaysia
#30 Hari 30 Resipi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan