awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seoul gesa rakyat Korea tinggalkan Lubnan segera susulan serangan berterusan
Thailand rampas aset 20 bilion baht dikaitkan dengan rangkaian penipuan transnasional
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairul Azwan Harun dipilih Naib Ketua Pemuda UMNO

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2013
07:43 MYT
Khairul Azwan Harun dipilih Naib Ketua Pemuda UMNO
Khairul Azwan Harun sah sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO yang baharu setelah Pemuda bahagian Gelang Patah dan Sabak Bernam yang membuat pemilihan semula hari ini memilih beliau untuk mengisi jawatan tersebut.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf Ab Yusoh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu sidang media mengumumkan perkara berkenaan akan dibuat esok.
Pemilihan semula ini diadakan berikutan kedudukan terikat seri 73-73 antara Khairul Azwan dan seorang lagi pencabar jawatan tersebut, Jamawi Jaafar.
Jamawi dan Khairul Azwan sebelum ini telah bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Pemilihan untuk mengadakan pemilihan semula di tiga bahagian berkenaan bagi menentukan pemenang jawatan itu, dan kedua-duanya berikrar untuk terus menyumbang kepada parti walau apapun keputusan yang diperoleh pada Rabu.
Selain Gelang Patah dan Sabak Bernam, satu lagi bahagian iaitu Bachok juga dijadualkan mengadakan pemilihan semula untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Pusat.
Pengundian dijalankan menurut sistem 'electoral college', menyaksikan bilangan undi terbanyak yang diperoleh seseorang calon dari sesebuah bahagian, dikira sebagai hanya satu undi.
Topic Berkaitan
#Jamawi Jaafar
#Khairul Azwan Harun
#Pemilihan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan