awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor laksana dasar bekerja dari rumah bermula 15 April - Amirudin
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairussaleh Ramli letak jawatan CEO RHB

Bernama
Bernama
26/01/2022
11:13 MYT
Khairussaleh Ramli letak jawatan CEO RHB
Datuk Khairussaleh Ramli telah mengemukakan peletakan jawatan Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB berkuat kuasa 25 Mac 2022.
KUALA LUMPUR: RHB Banking Group mengumumkan bahawa Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO), Datuk Khairussaleh Ramli telah mengemukakan peletakan jawatan berkuat kuasa 25 Mac 2022.
Khairussaleh, 54, meletakkan jawatannya untuk mengejar peluang lain, kata bank itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
RHB Banking Group dalam satu kenyataan berasingan berkata, ia telah memulakan pelan peralihannya dan proses pemilihan sedang berjalan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan, Mohd Rashid Mohamad telah dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab atau pegawai utama kumpulan.
"Lembaga dan pihak pengurusan ingin merakamkan penghargaan kepada Khairussaleh bagi sumbangan yang tidak ternilai semasa tempohnya dengan kumpulan dan berharap beliau berjaya dalam masa depannya," kata bank itu.
Khairussaleh menyertai RHB Banking Group pada 2013 sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan sebelum beliau dinaikkan pangkat ke jawatan GCEO menjelang 2015. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairussaleh Ramli
#CEO RHB
#RHB Banking Group
#Mohd Rashid Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan