awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy Jamaluddin sedia kembali ke pangkuan UMNO

Astro AWANI
Astro AWANI
07/03/2026
02:09 MYT
Khairy Jamaluddin sedia kembali ke pangkuan UMNO
Khairy Jamaluddin menghadiri Perhimpunan Agung Sayap Pemuda UMNO 2025 pada 15 Januari lalu. Bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyatakan secara terbuka kesediannya kembali ke UMNO selepas parti itu membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada bekas ahli melalui
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menyatakan secara terbuka hasrat untuk kembali menyertai UMNO melalui inisiatif Agenda Rumah Bangsa.
Menurut Khairy, keputusan itu dibuat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan pelaksanaan agenda berkenaan, yang disifatkannya sebagai perkembangan positif dalam usaha penyatuan parti.
Dalam episod ke-191 siri audio Keluar Sekejap yang dikongsikan di Facebook pada Jumaat, Khairy berpendapat, pelawaan itu sebagai ruang terbaik untuk kembali semula ke dalam UMNO.
“Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Zahid juga berkaitan dengan kita. Mungkin Shahril ada pendiriannya sendiri, saya pula ada pendirian saya.
"Saya telah lama menyatakan hasrat untuk kembali kepada UMNO, dan saya melihat ini sebagai perkembangan positif serta peluang murni bagi diri saya,” katanya.
Dalam satu video berasingan yang turut dimuat naik di platform sama, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, mengucapkan penghargaan terhadap isyarat penyatuan yang ditunjukkan Presiden UMNO itu.
Namun Shahril mengakui beliau lebih selesa berada di luar gelanggang politik ketika ini, walaupun tidak menutup pintu untuk kembali pada masa hadapan.
Terdahulu, Ahmad Zahid menyatakan Jawatankuasa Rumah Bangsa, yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, akan menyelaras semua proses permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Perlembagaan UMNO.
Beliau turut berharap usaha itu dapat dipermudahkan dan menjadi titik penyatuan bagi mengukuhkan semula parti dalam meneruskan agenda perjuangan.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#KJ
#UMNO
#Rumah Bangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan