awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy sangkal guna jentera kementerian untuk kempen pemilihan UMNO

Bernama
Bernama
05/10/2013
23:17 MYT
Khairy sangkal guna jentera kementerian untuk kempen pemilihan UMNO
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini menyangkal tuduhan pencabarnya Syed Rosli Syed Harman Jamallulail yang mendakwa beliau menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan UMNO.
Beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda UMNO dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda UMNO.
"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda UMNO yang menjadi perwakilan.
"Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda UMNO (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Syed Rosli yang mengadakan sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu. Khairy berkata Syed Rosli sepatutnya menggunakan bahan lain untuk berkempen seperti kebaikan dan rekod kepimpinan yang pernah beliau lakukan tanpa perlu memburukkan calon lain.
Mengulas mengenai 75 calon yang menawar diri sebagai Exco Pemuda UMNO, Khairy berkata ia bukti parti itu masih relevan dalam membawa aspirasi kerajaan kepada rakyat.
"Apa pun, saya mahu perwakilan memilih calon yang terbaik, yang sedia berkhidmat sepanjang masa, bukan hanya ketika kempen pemilihan parti sahaja," katanya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Khairy Jamaluddin
#Pemilihan UMNO
#Syed Rosli Syed Harman Jamallulail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan