awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid Samad diserang: Polis beri tempoh hingga 2 petang untuk serah diri

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2016
03:37 MYT
Khalid Samad diserang: Polis beri tempoh hingga 2 petang untuk serah diri
Khalid didakwa diserang penyokong Tajuddin sejurus selepas beliau tiba di Dewan Rakyat semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memberi reaksi mengenai insiden kekecohan di luar lobi Parlimen semalam.
Tegas Khalid, polis memberi tempoh hingga 2 petang ini kepada 10 individu terlibat untuk serah diri.
Semalam, polis Kuala Lumpur mengarahkan 10 individu yang dikenal pasti terlibat dalam kekecohan itu tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.
Antara yang dikenalpasti adalah Firdaus Tajuddin iaitu anak kepada ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaaan kerana merusuh.
BACA: Khalid Samad diserang penyokong Tajuddin Rahman di Parlimen
Insiden sekitar jam 12 tengahari itu dipercayai susulan tindakan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdu Samad yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.
(VIDEO) Ini merupakan visual dirakam jurukamera @501Awani Wildan. Kejadian pergelutan beberapa individu cuba menyerang Khalid Samad pic.twitter.com/VqdfHn7miL
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 24, 2016
Khalid bertindak demikian selepas Tajuddin mengeluarkan perkataan sinis terhadap ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#Tajuddin Abdul Rahman
#Amar Singh Ishar Singh
#Seksyen 147 Kanun Keseksaan
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan