awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Sabah berhadapan cabaran bekalan tenaga - TPM Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad - Laporan

Agensi
Agensi
03/03/2026
22:10 MYT
Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad - Laporan
Khamenei, yang memimpin negara itu selama 36 tahun, terbunuh pada usia 86 tahun dalam siri serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel pada Sabtu lalu. - Gambar fail Reuters
Pemimpin Agung Iran yang terbunuh dalam serangan udara Israel, Ayatollah Ali Khamenei, akan dikebumikan di kota suci Mashhad, lapor agensi berita Fars pada Selasa.
Khamenei, yang memimpin negara itu selama 36 tahun, terbunuh pada usia 86 tahun dalam siri serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel pada Sabtu lalu.
Beliau berasal dari Mashhad, bandar kedua terbesar di Iran, tempat ayahnya dikebumikan di makam Imam Reza.
Sebelum majlis pengebumian berlangsung, satu “upacara perpisahan besar” akan diadakan di Tehran, menurut Pengawal Revolusi di akaun Telegram mereka.
Bagaimanapun, tiada tarikh pengebumian yang diumumkan.
Selepas kematian Khamenei, kuasa diserahkan kepada sebuah majlis sementara yang terdiri daripada tiga anggota sehingga Majlis Pakar memilih penggantinya.
Majlis itu merangkumi Presiden, Ketua Kehakiman dan seorang ahli Fiqh dari Majlis Penjaga, badan yang mengawasi perundangan dan menapis calon pilihan raya.
Fars, memetik seorang pegawai yang mengetahui proses tersebut, melaporkan bahawa “atas sebab keselamatan”, mesyuarat terakhir majlis itu mungkin ditangguhkan sehingga selepas pengebumian Khamenei.
Media Iran melaporkan bahawa bangunan yang menempatkan 88 anggota badan itu di kota suci Qom, selatan Tehran, terkena serangan AS-Israel pada Selasa.
Ibu pejabat utamanya di ibu kota Iran juga diserang sehari sebelumnya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Ayatollah Ali Khamenei
#Khamenei terbunuh
#Amerika serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan