awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khamenei tidak kelihatan pada Tahun Baharu Parsi, ucapan dibacakan di televisyen

Bernama
Bernama
21/03/2026
03:54 MYT
Khamenei tidak kelihatan pada Tahun Baharu Parsi, ucapan dibacakan di televisyen
Mojtaba Khamenei tidak muncul di khalayak ramai atau mengeluarkan mesej audio mahupun video sejak pelantikannya pada 8 Mac. - Foto Reuters

Rakyat Iran menanti-nantikan penampilan sulung Pemimpin Agung baharu negara itu, Mojtaba Khamenei, sempena Tahun Baharu Parsi atau Nowruz pada Jumaat -- namun ucapan rasmi beliau sebaliknya disiarkan dan dibacakan di televisyen kerajaan.

Paparan skrin menunjukkan imej pegun pemimpin agung itu bersama bendera Iran, lapor agensi berita Jerman dpa.

Mojtaba Khamenei tidak muncul di khalayak ramai atau mengeluarkan mesej audio mahupun video sejak pelantikannya pada 8 Mac, yang mencetuskan spekulasi mengenai tahap kesihatannya.

Beliau menggantikan bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Tehran pada hari pertama serangan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel pada 28 Feb. Mojtaba Khamenei turut kehilangan isteri, ibu, dan adik ipar lelaki dalam kejadian pengeboman tersebut.

Menurut kerajaan Amerika Syarikat, Mojtaba Khamenei mengalami kecederaan, namun tiada butiran lanjut diperoleh.

Nowruz, yang bermaksud "hari baharu," merupakan perayaan warisan bagi menandakan hari pertama musim bunga dan pembaharuan alam semula jadi. Ia menandakan ekuinoks musim bunga di hemisfera utara, apabila waktu malam dan siang mempunyai tempoh yang sama, dan jatuh pada 20 atau 21 Mac.

Dalam kenyataan Nowruz beliau, Khamenei mengucapkan terima kasih kepada presiden, kerajaan, angkatan tentera, dan rakyat Iran atas penentangan mereka terhadap serangan bersama AS-Israel.

Pihak musuh tidak hanya bergantung kepada kekuatan ketenteraan seperti peluru berpandu, dron, dan torpedo, katanya, sambil menambah bahawa "garisan hadapan" Iran adalah lebih luas daripada apa yang mahu diakui oleh musuhnya.

Khamenei mengisytiharkan tahun baharu Parsi sebagai "tahun ekonomi rintangan dalam semangat perpaduan dan keselamatan nasional."

Mesej pemimpin agung itu juga menggesa semua saluran media supaya mengamalkan kawalan diri dan mengelak daripada menonjolkan sebarang kelemahan, sambil memberi amaran bahawa tindakan sebaliknya boleh membantu musuh mencapai objektif mereka.

Beliau juga menafikan bahawa tentera Iran telah melancarkan serangan ke atas Turkiye dan Oman.

-- BERNAMA-dpa

Topic Berkaitan
#Iran
#tahun baharu
#Mojtaba Khamenei
#televisyen kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan