awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat e-panggilan motosikal dimuktamad akhir tahun ini - MOT

Bernama
Bernama
16/10/2019
23:32 MYT
Khidmat e-panggilan motosikal dimuktamad akhir tahun ini - MOT
Pada Ogos lalu, Kabinet secara prinsipnya bersetuju terhadap cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal. -Gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan dijangka muktamadkan rangka perundangan dan syarat perkhidmatan e-panggilan motosikal iaitu perkhidmatan pengangkutan awam dan barangan menggunakan motosikal selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Menurut kementerian itu, rangka perundangan dan syarat perkhidmatan itu masih dalam proses penyediaan.
"Kementerian akan memaklumkan semula mengenai rangka perundangan dan syarat-syarat perkhidmatan apabila proses kajian berkenaan telah dimuktamadkan serta mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen, pada Rabu.
Ia bagi menjawab soalan Datuk Zakaria Mohd Edris (PH-Libaran) yang ingin tahu perkembangan terkini konsep perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) motosikal di negara ini dan apakah kerangka undang-undang, bagaimana ia dilaksanakan mencakupi proses lesen dan syarat diperlukan.
Pada Ogos lalu, Kabinet secara prinsipnya bersetuju terhadap cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal dan meminta Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan menyedia dan mengemukakan undang-undang khusus mengenainya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-panggilan
#Kementerian Pengangkutan
#motosikal
#perkhidmatan
#perundangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan