awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat 'rider makanan' galakkan orang ramai terus kekal di rumah

Lynch Cowan
Lynch Cowan
15/04/2020
08:05 MYT
Khidmat 'rider makanan' galakkan orang ramai terus kekal di rumah
Jasa dan pengorbanan golongan ini mendapat perhatian masyarakat yang prihatin dengan sumbangan mereka. Gambar Astro AWANI.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, semestinya perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah ditagih oleh masyarakat, selaras arahan kerajaan yang mahu rakyat kekal di rumah masing-masing.
Kaadaan ini sekali gus membuatkan permintaan terhadap perkhidmatan ‘rider makanan’ meningkat kerana dapat membantu masyarakat memesan makanan yang diingini tanpa memerlukan mereka keluar dari rumah.
Begitu pun, golongan penghantar makanan sebenarnya berisiko terdedah kepada jangkitan COVID-19 jika tidak mengamalkan langkah pencegahan sewajarnya.
Tinjauan mendapati, kebanyakan penghantar makanan mengambil berat dan mengamalkan langkah-langkah kebersihan serta keselamatan seperti yang digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meminimumkan risiko.
Bagi Mohd Haffiq Mat Nor yang merupakan seorang penghantar makanan di Kuching, Sarawak, tempahan yang meningkat sememangnya baik untuk menambah pendapatannya.
Namun baginya, ia tidak bererti prosedur pencegahan dan keselamatan diketepikan semata-mata mahu mengejar keuntungan.
“Kadar tempahan memang banyak dan saya sering juga menghantar pesanan ke hospital.
“Justeru, saya mengamalkan langkah-langkah pencegahan untuk memastikan saya tidak terdedah kepada risiko jangkitan,” ujarnya.
Difahamkan, jasa dan pengorbanan golongan ini mendapat perhatian segelintir masyarakat yang prihatin dengan sumbangan mereka.
Di Kuching, premis makanan Kedey Kamek menyediakan makanan secara percuma kepada penghantar makanan bagi menghargai jasa hero tidak didendang ini.
Menurut Pengurus Kedey Kamek, Abdul Hardie Khalid, kesediaan golongan berkenaan meneruskan perkhidmatan membolehkan pengusaha premis makanan untuk terus berniaga dan seterusnya menjana pendapatan.
“Mereka berani mengambil risiko untuk orang ramai, jadi ini sahaja cara untuk kami mengucapakan terima kasih kepada mereka.
“Bayangkan perkhidmatan seperti ini tidak disediakan, pasti pengusaha tidak boleh meneruskan perniagaan sekali gus memberi kesukaran kepada orang ramai yang tidak boleh keluar rumah ketika ini,’ katanya.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Kedey Kamek
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Kuching
#perintah kawalan pergerakan
#rider makanan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan