awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut lori tangki meletup dekat Terusan Panama
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kibar Jalur Gemilang tanda cinta negara bukan kerana arahan - MB Selangor

Bernama
Bernama
22/08/2023
08:07 MYT
Kibar Jalur Gemilang tanda cinta negara bukan kerana arahan - MB Selangor
Amirudin berkata dengan adanya sikap solidariti, seseorang akan lebih terdorong untuk melakukan sesuatu secara sukarela dan bersungguh-sungguh demi memajukan tanah air yang tercinta. - Gambar fail
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mahu penjawat awam di negeri itu mengibarkan Jalur Gemilang bukan semata-semata kerana arahan daripada jabatan masing-masing, tetapi didorong dengan rasa cinta kepada negara.
Beliau berkata dengan mengibarkan bendera Malaysia itu, rakyat dapat menunjukkan tanda solidariti bagi mewujudkan rasa cinta kepada negara dan negeri.
"Jangan hanya kibaran yang kita nak tonjolkan pada hari ini, hanya kibaran pada tangan yang kita sambut sebagai arahan jabatan, tetapi ia juga tanda sayang dan cinta kepada negara," katanya ketika berucap sempena Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor 2023 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Amirudin berkata dengan adanya sikap solidariti, seseorang akan lebih terdorong untuk melakukan sesuatu secara sukarela dan bersungguh-sungguh demi memajukan tanah air yang tercinta.
Pada majlis itu, Amirudin turut menyerahkan bendera kepada semua pihak berkuasa tempatan serta pejabat daerah dan tanah sebagai simbolik Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 pada hujung bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bukan kebangsaan
#kemerdekaan negara
#Jalur Gemilang
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan