awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kimanis Memilih: Pengundian bermula

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/01/2020
23:32 MYT
Kimanis Memilih: Pengundian bermula
Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan sibuk memeriksa peralatan dan keperluan mengundi sebelum dihantar ke pusat mengundi di pusat penjumlahan undi di Dewan Datuk Seri Mohd Dun Banir, 17 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis bermula sebaik sahaja 19 pusat mengundi membabitkan 68 saluran dibuka pada 7.30 pagi hari ini.
Proses mengundi yang berlangsung sehingga pukul 5 petang itu membabitkan seramai 29,619 pengundi biasa yang layak mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menempatkan seramai 650 petugas di semua pusat pengundian dan mensasarkan 70 peratus pengundi di kawasan Parlimen itu akan keluar mengundi.
Pusat penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di Kimanis hari ini.
Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Bongawan dan Membakut - dengan jumlah 29,664 pemilih layak mengundi, termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir yang berada luar negara.
Pemilih terdiri daripada 14,800 lelaki dan 14,864 perempuan dengan DUN Bongawan mempunyai 16,273 pemilih dan DUN Membakut 13,391 pemilih.
PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas.
Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Pada PRU 2018, Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi.
PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Karim Bujang
#Kimanis Memilih
#Kota Kinabalu
#Mohamad Alamin
#Parlimen Kimanis
#Parti Warisan Sabah
#pengundi
#PRK Kimanis
#Sabah
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan