awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ: Jenayah perkara nyata, bukan persepsi

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2013
23:30 MYT
KJ: Jenayah perkara nyata, bukan persepsi
Susulan insiden rompakan yang membabitkan rumahnya semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah di negara ini sebagai masalah yang serius.
“Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,” kata Khairy di laman sosial Facebooknya hari ini.
“Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.
Ahli Parlimen Rembau itu juga berterima kasih kepada orang ramai yang telah mengirim mesej kepadanya mengenai rompakan di rumah ibunya.
“Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera,” tulisnya lagi.
Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Semalam, tiga lelaki telah merompak rumah Khairy yang terletak di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara.
Suspek-suspek yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
Beliau berkata ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.
"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.
"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka," katanya di sini, hari ini.
Ku berkata pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri.
Jumlah kerugian masih disiasat, katanya.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Khairy Jamaluddin
#Ku Chin Wah
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan