awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKBPKT rancang bina 50 projek rumah PPR tahun ini

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2013
10:54 MYT
KKBPKT rancang bina 50 projek rumah PPR tahun ini
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merancang membina 50 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) secara berperingkat di seluruh negara bermula tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, daripada jumlah itu, enam pembinaan projek PPR membabitkan 3,000 unit rumah diluluskan untuk dibina di kedah, kelantan dan melaka tahun ini melibatkan RM543 juta.
Katanya, perancangan dan pelaksanaan kesemua projek PPR itu adalah manifestasi keprihatinan Barisan Nasional dalam membela nasib rakyat tanpa mengira status sebagai memastikan keluarga berpendapatan rendah di negara ini mampu memiliki kediaman sendiri.
Terdahulu, beliau berkata kepada pemberita selepas lawatan kerja di Pangsapuri Sungai Putat Batu Berendam, di Melaka.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Mohd Yusof Ghazali.
Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan majlis penyerahan surat tawaran pangsapuri berkenaan yang mempunyai 336 unit kediaman dan lapan lot kedai bernilai RM12.2 juta.
Pangsapuri itu dijual pada harga RM35,000 seunit berbanding harga sebenar RM148,000.
Laporan selanjutnya dapat diikuti melalui video yang disediakan.
Topic Berkaitan
#Datuk Halimah Mohd Sadique
#KKBPKT
#PPR
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan