awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKDW arah bina semula jambatan, jeti runtuh di Pulau Pababag

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2023
14:00 MYT
KKDW arah bina semula jambatan, jeti runtuh di Pulau Pababag
Sebelum ini satu rakaman video memaparkan murid lengkap berpakaian sekolah terjatuh ke dalam laut jambatan runtuh menjadi tular di media sosial. - Gambar/ Media sosial
PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna, Sabah bagi pembinaan semula jambatan dan jeti di Pulau Pababag yang runtuh baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak RM400,000 disalurkan bagi tujuan itu.
"Saya berharap agar pembinaan jambatan dan jeti ini dapat dilaksanakan dengan segera bagi membantu 151 murid sekolah dan 35 murid Tadika Kemas serta penduduk kampung yang terjejas pergerakan harian mereka," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Jeti Runtuh | KPM siasat insiden, arah sediakan laluan alternatif
Sebelum ini satu rakaman video memaparkan murid lengkap berpakaian sekolah terjatuh ke dalam laut jambatan runtuh menjadi tular di media sosial.
Dalam kejadian itu dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag mengalami kecederaan manakala 23 yang lain selamat selepas terjatuh ke laut apabila jeti kampung berkenaan roboh dalam kejadian awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, tiga guru terpaksa terjun ke laut demi menyelamatkan murid yang terjatuh ketika itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jeti runtuh
#Pulau Pababag
#KKDW
#pembinaan jambatan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan