awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM ada RM100 juta untuk baik pulih klinik kesihatan, kuarters di Sarawak

Bernama
Bernama
07/09/2024
09:16 MYT
KKM ada RM100 juta untuk baik pulih klinik kesihatan, kuarters di Sarawak
Lukanisman Awang Sauni berkata separuh daripada jumlah itu adalah peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Sarawak. - Foto Bernama
SIBU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperoleh peruntukan RM100 juta khusus bagi membiayai kerja-kerja membaik pulih kemudahan di klinik-klinik kesihatan serta kuarters kediaman petugasnya di Sarawak.
Timbalan Menterinya Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata separuh daripada jumlah itu adalah peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Sarawak.
Beliau berkata tempoh pelaksanaan projek-projek di bawah peruntukan RM100 juta ini adalah dalam tempoh 18 bulan dan pihak Jabatan Kesihatan Sarawak telahpun mengenal pasti semua lokasi (klinik kesihatan terlibat).
Lukanisman berkata selain itu pihak kementerian juga sedang melaksanakan kerja-kerja baik pulih ke atas 39 klinik kesihatan daif di Sarawak di bawah Program Inisiatif Bitara MADANI pada tahun ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bulan Malaysia Sihat Sejahtera @ HePiLI (BMSS) dan One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) 2024 peringkat negeri Sarawak di SMK Agama Sibu di sini hari ini.
Program jelajah tersebut telah diadakan di 15 lokasi di seluruh Sarawak sejak bermula 15 Ogos lepas dan akan tamat di SMK Petra Jaya pada 18 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Lukanisman Awang Sauni
#peruntukan baik pulih
#klinik kesihatan kuarters
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan