awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM arah penjualan produk rempah mengandungi etilena oksida dihentikan

Bernama
Bernama
28/05/2024
10:13 MYT
KKM arah penjualan produk rempah mengandungi etilena oksida dihentikan
KKM mengarahkan penjualan dua produk rempah dari India iaitu Everest Fish Curry Masala dan MDH Curry Powder yang dipercayai mengandungi etilena oksida dihentikan.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengarahkan penjualan dua produk rempah dari India iaitu Everest Fish Curry Masala dan MDH Curry Powder yang dipercayai mengandungi etilena oksida dihentikan.
KKM menerusi kenyataan memaklumkan peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk berkenaan diarahkan untuk menghentikan penjualan produk dan semua platform e-dagang serta media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut serta-merta.
"Etilena Oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca daripada bakteria, virus dan kulat.
"Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci.
"Penggunaannya dalam makanan dan juga bahan bersentuhan makanan adalah tidak dibenarkan disebabkan bersifat karsinogenik," menurut kenyataan itu.
KKM memaklumkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) setakat April lepas mendapati hanya terdapat satu pengimportan masuk produk rempah berjenama Everest Fish Curry Masala.
Namun begitu, KKM memaklumkan tiada pengimportan masuk produk rempah berjenama MDH Curry Powder ke Malaysia.
"KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk di seluruh negara," menurut kenyataan itu.
Pada masa ini, KKM melaksanakan pemantauan kandungan aflatoksin, logam berat dan residu racun perosak di dalam produk rempah di semua pintu masuk negara.
Hasil pemantauan dari 2019 hingga April lepas mendapati 43 sampel yang diambil mematuhi keperluan perundangan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#etilena oksida
#KKM
#Everest Fish Curry Masala
#MDH Curry Powder
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan