awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM buat laporan polis berhubung kenyataan fitnah di media sosial

Bernama
Bernama
05/05/2020
11:54 MYT
KKM buat laporan polis berhubung kenyataan fitnah di media sosial
Hantaran itu antara lain mendakwa "Menteri Kesihatan juga terlibat" dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperoleh kontrak RM30 juta. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang mendakwa lima pegawai menteri dan kementerian itu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya berhubung fitnah di beberapa akaun Facebook termasuk di akaun "Teuku Shafiz Rullah", "STEADYAKU47" dan akaun twitter "Fadzilah Mamat@fadzilahmamat".
Menurut KKM, hantaran Facebook dan kicauan Twitter berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian.
Hantaran itu antara lain mendakwa "Menteri Kesihatan juga terlibat" dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperoleh kontrak RM30 juta, menurut kenyataan itu.
"KKM melahirkan rasa kesal terhadap fitnah tersebut," kata kementerian itu, sambil berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.
Satu laporan polis telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini berhubung fitnah yang mendakwa lima orang pegawai Menteri dan Kementerian telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).@MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/UO34SV00H2
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 5, 2020
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#fitnah
#KKM
#laporan polis
#media sosial
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan