awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
Empat anggota polis dilepaskan dengan jaminan SPRM kes rasuah RM12,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM buka jawatan tetap Pegawai Pergigian, Farmasi lantikan kontrak 2016 dan 2017

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/01/2023
02:50 MYT
KKM buka jawatan tetap Pegawai Pergigian, Farmasi lantikan kontrak 2016 dan 2017
Dr Zahila berkata, KKM berharap Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan tersebut. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka permohonan jawatan tetap bagi Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, permohonan itu boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Januari hingga 12 Februari ini.
"Proses ini susulan urusan pengambilan jawatan tetap Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan tahun 2018 hingga 2020 yang telah dibuka menerusi Sistem SPA9 dari 6 Januari hingga 21 Januari lalu.
"Seramai 242 Pegawai Pergigian dan 321 Pegawai Farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 layak memohon jawatan ditawarkan.
"Pegawai lantikan kontrak berkenaan disarankan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk berdaftar atau mengemaskini maklumat permohonan dalam sistem SPA9," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Dr Zahila berkata, KKM berharap Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan tersebut.
Topic Berkaitan
#Zaliha Mustafa
#jawatan tetap
#lantikan kontrak
#pegawai pergigian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan