awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM cari penyelesaian isu berbangkit di Hospital Pasir Mas

Bernama
Bernama
31/07/2023
12:44 MYT
KKM cari penyelesaian isu berbangkit di Hospital Pasir Mas
Dr Zaliha berkata beliau telah melakukan kunjungan mengejut ke hospital berkenaan setelah menerima aduan daripada orang awam berkaitan masalah kesesakan di fasiliti. - Gambar Twitter @DrZalihaMustafa
KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencari jalan penyelesaian membabitkan beberapa isu berbangkit dan aduan mengenai Hospital Daerah Pasir Mas.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerusi ciapan di Twitter hari ini berkata beliau telah melakukan kunjungan mengejut ke hospital berkenaan setelah menerima aduan daripada orang awam berkaitan masalah kesesakan di fasiliti, masa menunggu untuk mendapatkan rawatan serta isu berbangkit lain.
"Saya berkesempatan meninjau sendiri keadaan di hospital berkenaan (Hospital Daerah Pasir Mas) dan mengenal pasti punca masalah.
"Saya akan berbincang dengan bahagian berkaitan di KKM serta Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bagi mencari solusi demi memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat tanpa mengabaikan kebajikan warga hospital," katanya.
Melakukan kunjungan mengejut ke Hospital Daerah Pasir Mas setelah menerima aduan daripada orang awam terkait masalah kesesakan di fasiliti, masa menunggu untuk mendapatkan rawatan dan isu-isu berbangkit lain. Saya berkesempatan meninjau sendiri keadaan di hospital berkenaan dan pic.twitter.com/QEFJwhkITb
— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) July 31, 2023
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kunjungan mengejut
#Twitter
#orang awam
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan