awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM jangka berlaku lonjakan lagi kes baharu COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2021
11:49 MYT
KKM jangka berlaku lonjakan lagi kes baharu COVID-19
Dr Noor Hisham menjelaskan VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang telah berlaku di banyak negara lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, ia disebabkan penularan virus SARS-CoV-2 dalam komuniti terutama melibatkan beberapa Variant of Concern (VOC) di negara ini yang amat membimbangkan.
Dr Noor Hisham menjelaskan VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.
"Peningkatan kes-kes secara mendadak ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.
"Kes harian COVID-19 melebihi empat digit dengan kes aktif ketika ini sudah melebihi 40,000 kes menyebabkan kebanyakan hospital kerajaan mahupun swasta, serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara telah hampir mencecah kapasiti maksimum.
"Keadaan lebih membimbangkan apabila semakin banyak kes positif yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sokongan alat bantuan pernafasan sejak beberapa minggu kebelakangan ini," katanya dalam kenyataan harian COVID-19 pada Selasa.
Selain itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan jumlah kes kematian harian yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan makin meningkat saban hari.
Justeru beliau juga menyarankan supaya orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#melonjak
#kes baharu
#VOC
#lonjakan kes
#lebih tinggi
#sistem kesihatan
#tekanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan