awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM komited perkasa ekosistem kerja yang selamat, kondusif

Bernama
Bernama
10/03/2026
11:26 MYT
KKM komited perkasa ekosistem kerja yang selamat, kondusif
Dr Dzulkefly berkata KKM sentiasa mengambil serius isu persekitaran kerja dan kebajikan seluruh petugas kesihatan, terutamanya dalam memastikan setiap warga KKM bertugas dalam persekitaran yang profesional, beretika dan berteraskan nilai MADANI. - Gambar

Kementerian Kesihatan (KKM) komited memperkasakan ekosistem kerja yang selamat dan kondusif demi masa depan perkhidmatan kesihatan yang berintegriti serta berperikemanusiaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM sentiasa mengambil serius isu persekitaran kerja dan kebajikan seluruh petugas kesihatan, terutamanya dalam memastikan setiap warga KKM bertugas dalam persekitaran yang profesional, beretika dan berteraskan nilai MADANI.

“Bagi menjamin tiada kekaburan dalam menangani isu salah laku, KKM akan memperkasakan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
“Pekeliling ini secara tegas melarang penggunaan bahasa kasar, maki hamun, penghinaan secara terbuka (public shaming) mahupun sebarang gangguan emosi yang melampaui batas profesionalisme,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dzulkefly berkata dokumen itu menjadi rujukan mandatori dalam tindakan tatatertib bagi memastikan setiap aduan diproses secara adil dan telus pada semua peringkat fasiliti.

Selain itu, beliau berkata pengurusan tertinggi setiap fasiliti kesihatan perlu mengambil tanggungjawab mewujudkan budaya kerja harmoni dan penyayang serta wajib menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan tanpa kompromi atau melindungi mana-mana individu.

“Saya ingin menegaskan bahawa kegagalan pemimpin untuk bertindak balas terhadap aduan adalah satu kegagalan tadbir urus yang serius,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#KKM
#budaya kerja
#bahasa kasar
#fasiliti kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan