awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Disney rancang buang 1,000 pekerja – Laporan
Gencatan senjata AS-Iran bukti Trump sedar perang tidak memihak kepadanya - Penganalisis
Perkukuh keupayaan diri demi hadapi dunia semakin mencabar – Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM nafi grafik tular denda RM1,500 jika tidak 'check-out' MySejahtera

Bernama
Bernama
04/09/2021
20:00 MYT
KKM nafi grafik tular denda RM1,500 jika tidak 'check-out' MySejahtera
Tiada denda RM1,500 dikenakan kepada individu yang tidak klik 'check-out' pada aplikasi MySejahtera. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan grafik tular menerusi media sosial mengenai denda RM1,500 akan dikenakan kepada individu sekiranya tidak klik 'check-out' atau waktu mendaftar keluar pada aplikasi MySejahtera sebagai indikator daftar keluar meninggalkan mana-mana lokasi atau premis.
Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan memaklumkan tiada denda RM1,500 dikenakan kepada individu yang tidak klik 'check-out' pada aplikasi MySejahtera sebagaimana yang dinyatakan grafik tersebut.
"Orang ramai disaran agar tidak berkongsi maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam masyarakat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan orang ramai perlu sentiasa membuat semakan menerusi media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#MySejahtera
#check-out
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan