awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
Trump ancam tarif 50 peratus ke atas negara pembekal senjata kepada Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit

Bernama
Bernama
01/02/2023
20:00 MYT
KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Dr Zaliha berkata, pertemuan berkala dengan semua pihak berkepentingan juga akan terus dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas terutamanya dapatan daripada kakitangan di lapangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dalam proses merangka langkah-langkah bagi menyelesaikan isu berbangkit melibatkan situasi semasa sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata pendekatan bersasar yang dirancang melibatkan usaha menangani pelbagai isu termasuk soal kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, penetapan gaji yang saksama serta jaminan pekerjaan.
"KKM juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan bagi membentangkan perincian mengenai keperluan untuk mendapatkan peruntukan yang lebih besar meliputi aspek infrastruktur, digitalisasi sistem dan sumber manusia," katanya dalam catatan di Twitternya semalam.
Katanya pertemuan berkala dengan semua pihak berkepentingan juga akan terus dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas terutamanya dapatan daripada kakitangan di lapangan.
"Ini termasuk bagi mengenal pasti penyelesaian jangka pendek dan panjang yang perlu diberi keutamaan dalam situasi sekarang. Sebahagian besar proses perubahan sistem kesihatan ini menuntut pendekatan merentasi agensi," katanya.
"Semua perkara yang disebut juga merupakan sebahagian daripada pembaharuan dan keutamaan Kertas Putih Kesihatan yang akan dijadikan sebagai penanda aras kepada pelbagai reformasi sektor kesihatan pada masa akan datang," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#isu kesihatan
#Dr Zaliha Mustafa
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan