awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sedang menuju ke arah pengharaman penggunaan, penjualan vape

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2025
10:00 MYT
KKM sedang menuju ke arah pengharaman penggunaan, penjualan vape
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape bagi mengekang isu itu secara lebih berkesan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata, pelaksanaan pengharaman itu perlu dibuat secara teliti mengambil kira pelbagai aspek termasuk impak kepada perundangan, penguatkuasaan dan kesihatan awam.
"Kita ke arah itu, kita tidak akan lengah, cuai dan culas mengizinkan vape berleluasa begini, dan kita mahukan segalanya diambil dengan sikap, dengan perhitungan, timbangan pada akhirnya adalah untuk kemashalatan awam khususnya, kesihatan dan kesejahteraan khasnya orang belum dewasa (OBD) yang menjadi sasaran pengusaha vape ini," katanya.
Beliau menjawab soalan diutarakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Ahmad Saad @Yahaya yang meminta beliau menyatakan pendirian KKM terhadap langkah beberapa kerajaan negeri yang menghentikan pengeluaran lesen perniagaan rokok elektronik atau vape.
Dalam pada itu, KKM akan melancarkan operasi penguatkuasaan bersepadu Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat Papa) pada 1 Ogos ini.
Dzulkefly berkata, Op Selamat Papa sangat penting kerana ia bukan saja untuk menyelamatkan golongan bapa, tetapi juga menyelamatkan kaum ibu.
Kata beliau, ia bertujuan memastikan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dijalankan secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan di seluruh negara.
Menurut beliau, Ops Selamat Papa bukan hanya membabitkan KKM, sebaliknya akan turut melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.
“Op Selamat Papa bukan hanya untuk menyelamatkan Papa (bapa), tetapi Op untuk menyelamatkan mama (ibu) juga akibat daripada papa yang merokok.
“Daripada segi fakta tahun 2022 hingga 2023, daripada kes paru-paru 8091 jumlahnya daripada kalangan kaum lelaki 5,251, manakala wanita 2,840. Jadi Ops Selamat Papa juga akan menyelamatkan mama,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#vape
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan